JOM LAYAN

Selasa, 4 Januari 2011

RP PURNAMA ENTERPRISE

Norma Binti Arshad merupakan di antara 447 buah rumah penduduk peneroka tetap. Bermula bekerja sebagai penebang tebu, beliau telah mula berjinak didalam bidang pengusaha tempeyek dan maruku secara kecil-kecilan dan hanya di bekalkan di dalam Kampung Felda Chuping sahaja.
Setelah mendapati perusahaan ini aga menguntungkan, beliau mula mengorak langkah kehadapan. Beliau telah mula mengumpul modal sendiri untuk menceburi bidang perusahaan tersebut. ketika itu pada tahun 1995 iaitu kira-kira 15 tahun yang lalu, tidak ramai yang sedar, perusahaan maruku ini bakal mendatangkan keuntungan yang besar kepada pengusahanya.
Beberapa tahun selepas itu, pihak Kemas telah memberi sumbangan kepada beliau untuk mengembangkan perusahaan  ini kepasaran luar perkampungan Felda Chuping. Jenis produk yang dikeluarkan telah meningkat daripada 2 jenis kepada beberapa jenis yang popular dan mendapat sambutan ramai. Beliau juga menyediakan perkhidmatan  seperti khidmat katering, pengusaha kantin sekolah.  Produk diedarkan ke kedai pemborong diseluruh Perlis termasuk Politeknik,UniMap dan banyak lagi. Ada juga pemborong luar datang berurusniaga dengan beliau.
Beliau tidak mempunyai masalah untuk mencari bahan mentah kerana boleh diperoleh dikedai yang berdekatan. Beliau juga boleh mendapatkan bekalan bahan mentah dengan kadar harga yang rendah memandangkan beliau selalu membeli barang secara borong.
Setelah pihak PJK mencadangkan agar beliau mempromosikan produk tersebut secara online,kini barangan beliau telah dipasarkan melalui facebook dan e-commercee iaitu satu program ‘on-line entrepreneur’ oleh Nusuara Technologies dengan kerjasama CELCOM dan PJK (Pusat jalur Lebar Komuniti).
Dengan mencuba cara pendekatan baru ini, permintaan sangatlah memberangsangkan dan kini urusan pembayaran dan deposit tempahan juga kebanyakannya dilakukan melalui internet sebagai langkah untuk mengurangkan kos lain-lain dan juga lebih efektif sebagai alternatif berurus niaga. Berkemungkinan pada suatu hari nanti, Syarikat bumiputera ini akan melebarkan sayap dan berkembang ke pelusuk Negara.
Pihak Pusat Jalur Lebar juga membantu beliau untuk menghantar atau mengepos barangan ke luar sekiranya ada permintaan dengan kadar harga yang berpatutan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan