JOM LAYAN

Jumaat, 11 April 2014

Klik Dengan Bijak PI1M Felda Chuping

Program kesedaran awam keselamatan Internet yang bertemakan KLIK DENGAN BIJAK ini bermatlamatkan keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab pengguna. Mesej program KLIK DENGAN BIJAK adalah berteraskan prinsip - prinsip RUKUN NEGARA yang dilihat merangkumi kesemua perkara yang perlu di tekankan dalam kehidupan semua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Pembudayaan prinsip - prinsip RUKUN NEGARA dalam penggunaan internet seharaian akan diterapkan melalui pelbagai aktiviti dan inisiatif yang dianjurkan oleh SURUHANJAYA KOMUNIKASI dan MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM). Dengan adanya program ini, diharap pembangunan dan peningkatan penggunaan jalur lebar selain dapat menjana ekonomi negara turut dimamfaatkan untuk tujuan kebaikan serta memberi impak positif dalam mengekalkan nilai serta budaya bangsa Malaysia

Riadah Bersama PDK Felda Chuping

Jamuan makan ditaja sepenuhnya oleh Pdk Felda Chuping. Pihak Pusat Internet 1 Malaysia Felda Chuping mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan selama ini. Semoga dengan kerjasama yang erat ini dapat menghasilkan pelajar OKU yang Celik IT serta mahir menggunakan internet dalam kehidupan seharian mereka.