JOM LAYAN

Selasa, 21 Julai 2015

Program Internet Vaccination

14 Mei 2015 - Pusat Internet 1 Malaysia telah mengadakan “Program Internet Vaccination” yang melibatkan pelajar Universiti Utara Malaysia dan tenaga pengajar. Program ini diadakan bertujuan untuk mengukuhkan lagi kerjasama diantara pihak pengurusan PI1M dan pihak Universiti Utara Malaysia. Tema utama program ini adalah Klik dengan Bijak. Program ini melibatkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Felda Mata Ayer, PI1M Felda Chuping dan PI1M Rimba Mas. Program ini telah dijalankan di Dewan Universiti Utara Malaysia. Seramai 300 orang pelajar dan tenaga pengajar terlibat untuk menjayakan program ini. Mereka ini majoriti terdiri daripada remaja yang aktif menggunakan internet sebagai medan sosial utama.
Program kami ini tidak tertumpu kepada taklimat Klik Dengan Bijak sahaja, kami telah mengadakan kuiz, teka silang kata dan bergambar menggunakan ‘prop’. Namun matlamat utama program ini adalah untuk memberi kesedaran akan pentingnya menjaga keselamatan ketika melayari internet. Turut hadir menjayakan program ini adalah wakil dari Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Wilayah Utara iaitu Pn Norrazlina Binti Nordin. Beliau turut mengongsikan beberapa laporan dan aduan yang diterima di SKMM sendiri. Bagi mengelakkan kejadian yang tidak di ingini beliau turut mengongsikan beberapa tip – tip keselamatan semasa menggunakan internet. Beliau menggalakkan orang ramai untuk sama –sama mengamalkan rukun negara walau berada dalam apa jua situasi. Acara yang bermula pada jam 8.00 pagi ini berakhir pada jam 1.00 tengahari.