JOM LAYAN

Ahad, 9 Januari 2011

AKTIVITI 2011

5 JANUARI 2011
PERTANDINGAN MELUKIS MASJID MENGGUNAKAN PAINT
ATAS PERMINTAAN ORANG RAMAI, PUSAT JALUR LEBAR TELAH MENGADAKAN SATU PERTANDINGAN MEMBABITKAN GOLONGAN REMAJA.PERTANDINGAN INI BERTUJUAN MEMBENTUK REMAJA KREATIF DENGAN MENGOLEH KEMUDAHAN TEKNOLOGI YANG SEDIA ADA.


 

30 JANUARI 2011
LAWATAN KE UUM SINTOK
PUSAT JALUR LEBAR DENGAN KERJASAMA UUM TELAH MELAKSANAKAN SATU
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE UUM. IA TERDIRI DARIDAPA PELAJAR, WARGA EMAS, REMAJA DAN KANAK-KANAK. LAWATAN INI BERTUJUAN MEMBUKA MINDA PELAJAR TENTANG KEMAJUAN YANG TERDAPAT DI DALAM UUM SENDIRI. PELBAGAI AKTIVITI DIBUAT SEPERTI LAWATAN KE KAMPUS, LAWATAN KE GELERI UUM, LAWATAN KE PERPUSTAKAAN UUM DAN SEBAGAINYA. LAWATAN INI MENBABITKAN 40 ORANG PESERTA.



23 JANUARI 2011
LAWATAN KE RUMAH ANAK-ANAK YATIM
LAWATAN INI DISERTAI SERAMAI 8 OARANG AJK CBCFC. IA BERTUJUAN UNTUK MENGAJAK MEREKA MENYERTAI DAN MENJADI AHLI CBCFC SEKALIGUS MENGGALAKKAN MEREKA MENYERTAI KELAS IT.  ANAK-ANAK YATIM DI SINI JUGA TIDAK MEMPUNYAI KEMUDAHAN IT... KAMI MERANCANG UNTUK MENGADAKAN PROGRAM SELANJUTNYA DIMANA AKJ YANG DILATIH OLEH KAMI SENDIRI AKAN MENGAJAR MEREKA MENGGUNAKAN NETBOOK YANG KAMI BEKALKAN.


18 DISEMBER 2011 HINGGA 26 DISEMBER
PENUKARAN ASS MANAGER
SEMUA ASS MANAGER DI TUKAR SEKETIKA KE TEMPAT LAIN..ZAKIAH DITEMPATKAN DI FELDA RIMBA MAS.MACAM-MACAM SHIKIN AJAR...DISINI SAYA DAPAT BELAJAR KELEBIHAN SYIKIN DALAM MENJAYAKAN CBC UTARA..SHIKINLA ORG PALING SIBUK DI CBC UTARA.SELAIN ITU SAYA JUGA BELAJAR MACAM MANA NAK KEKANG GEJALA MAIN GAME AND PONTENG SEKOLAH.ANTARA AKTIVITI YANG SAYA BUAT IALAH KELAS KOMPUTER DIMANA MEMPERKENALKAN YAHOO MASSA,MOTIVASI..HAHAHAHA... 



PELBAGAI AKTIVITI DAN PROGRAM DIRANGKA UNTUK MENJADIKAN 2011 TAHUN YANG LEBIH BERDAYA MAJU MENGORAK LANGKAH KEHADAPAN...BERSAMA-SAMALAH KITA MENJAYAKANNYA..


Selasa, 4 Januari 2011

MEMORI 2010

PERTANDINGAN BADMINTON
Pertandingan ini di sertai oleh 50 orang remaja..Ia bertujuan untuk membina remaja yang cergas dan disiplin.

HARI BERBAJU BIRU
Semua pengunjung yang memakai baju biru akan di beri penggunaan komputer secara percuma selama sejam.

PERTANDINGAN BOLA BALING
Pusat Jalur Lebar Komuniti Chuping di undang oleh permain kebangsaan untuk menyertai permainan persahabatan bola baling. Memandangkan permain kami kurang latihan yang mencukupi, pemain kami kalah dengan 4-0.

HARI TERBUKA PJK BUKIT TANGGA
PJK Chuping telah membantu menjayakan Hari Terbuka PJK Bukit Tangga.PJK Chuping telah membawa 10 orang ahli aktif bagi sama-sama menjayakan program ini.

MEMPROMOSIKAN PJK DI MATA FELDA CHUPING
Mengedar pemplet di dalam majlis anjuran Felda Chuping.Tujuan utama adalah untuk mempromosikan PJK Chuping dan fungsinya.

PROGRAM ITU UUM
PJK Chuping di jemput untuk turut serta dalam program ini.Pjk dipertanggungjawab untuk membuka gerai sendiri, mempromosi Pjk di mata pelajar UUM,dan menganjurkan sukaneka. Pelbagai acara termasuk tarik tali,tiup belon,semakin jauh semakin sayang, ceramah dan sebagainya.

RP PURNAMA ENTERPRISE

Norma Binti Arshad merupakan di antara 447 buah rumah penduduk peneroka tetap. Bermula bekerja sebagai penebang tebu, beliau telah mula berjinak didalam bidang pengusaha tempeyek dan maruku secara kecil-kecilan dan hanya di bekalkan di dalam Kampung Felda Chuping sahaja.
Setelah mendapati perusahaan ini aga menguntungkan, beliau mula mengorak langkah kehadapan. Beliau telah mula mengumpul modal sendiri untuk menceburi bidang perusahaan tersebut. ketika itu pada tahun 1995 iaitu kira-kira 15 tahun yang lalu, tidak ramai yang sedar, perusahaan maruku ini bakal mendatangkan keuntungan yang besar kepada pengusahanya.
Beberapa tahun selepas itu, pihak Kemas telah memberi sumbangan kepada beliau untuk mengembangkan perusahaan  ini kepasaran luar perkampungan Felda Chuping. Jenis produk yang dikeluarkan telah meningkat daripada 2 jenis kepada beberapa jenis yang popular dan mendapat sambutan ramai. Beliau juga menyediakan perkhidmatan  seperti khidmat katering, pengusaha kantin sekolah.  Produk diedarkan ke kedai pemborong diseluruh Perlis termasuk Politeknik,UniMap dan banyak lagi. Ada juga pemborong luar datang berurusniaga dengan beliau.
Beliau tidak mempunyai masalah untuk mencari bahan mentah kerana boleh diperoleh dikedai yang berdekatan. Beliau juga boleh mendapatkan bekalan bahan mentah dengan kadar harga yang rendah memandangkan beliau selalu membeli barang secara borong.
Setelah pihak PJK mencadangkan agar beliau mempromosikan produk tersebut secara online,kini barangan beliau telah dipasarkan melalui facebook dan e-commercee iaitu satu program ‘on-line entrepreneur’ oleh Nusuara Technologies dengan kerjasama CELCOM dan PJK (Pusat jalur Lebar Komuniti).
Dengan mencuba cara pendekatan baru ini, permintaan sangatlah memberangsangkan dan kini urusan pembayaran dan deposit tempahan juga kebanyakannya dilakukan melalui internet sebagai langkah untuk mengurangkan kos lain-lain dan juga lebih efektif sebagai alternatif berurus niaga. Berkemungkinan pada suatu hari nanti, Syarikat bumiputera ini akan melebarkan sayap dan berkembang ke pelusuk Negara.
Pihak Pusat Jalur Lebar juga membantu beliau untuk menghantar atau mengepos barangan ke luar sekiranya ada permintaan dengan kadar harga yang berpatutan.