JOM LAYAN

Khamis, 26 April 2012

PJK CHUPING MEDAN CARI ILMU

Beberapa orang pelajar sedang membuat dan menyiapkan kerja sekolah dan folio sekolah di CBC Felda Chuping.






*Selain itu juga kami turut menawarkan kelas percuma kepada ahli yang tidak tahu (buta IT) .

*Bagi yang ingin mencari pekerjaan,anda boleh datang untuk membuat resume secara kreatif di sini. Kami juga membantu anda mendaftar pekerjaan online.

*Jika mahu mengedit gambar, anda boleh mendapat nasihat kami..

*Jika notebook anda manghadapi masalah kami sedia membantunya..

TUNGGU APA LAGI DAFTARLA KEAHLIAN ANDA SEKARANG..SEGALA-GALANYA MUDAH HANYA DIHUJUNG JARI ANDA

Rabu, 25 April 2012

1 Wifi 1 Notebook

Pada 22 April lepas, PJK Chuping telah mengadakan Program 1 Wifi 1 Notebook yang mana dibuat khas untuk penerima notebook 1Malaysia.

Hasil dari program ini terdapat ramai penerima notebook yang tidak tahu mengaplikasikan pemberian netbook ini. Ada beberapa notebook yang perlu diformat semula memandangkan terdapat virus di dalamnya.


Gambar persiapan sehari sebelum program diadakan, kami membuat banting sendiri. Ramai juga budak-budak yang turut serta time nie.. Nak kata best,memang best sangat.


Ninnndia hasil karya budak-budak sini..jangan ingat kami tak ada bakat noo..


Budak nie dapat notebook, dah masih ok..


Notebook yang bermasalah

Rabu, 18 April 2012

Program 1citizen Untuk Komuniti Felda Chuping

Penyertaan adalah dipelawa bagi mana-mana individu yang berumur tidak kurang dari 16 tahun bagi mengikuti Program Persijilan Etika Digital 1 Citizen, secara PERCUMA
(Yuran Peperiksaan US$35 ditanggung kerajaan)

Program Latihan khusus bagi memupuk perpaduan negara melalui penggunaan teknologi secara wajar dan berhemah.

Peserta akan menerima sijil IC Citizen -suatu pengikhtirafan bertaraf global yang mengesahkan pemahaman anda terhadap peraturan serta penggunaan wajar internet dan perkakasan digital.

Tunggu apa lagi bagi penganggur Felda Chuping,,mai pakat mai daftar..Bagi yang tak jadi ahli,jadi ahli..RM 5.00 aja.