JOM LAYAN

Jumaat, 9 Disember 2011

JOM BERCUTI DI CBCFC

08-12-2011- Pjk Chuping telah mengadakan program Jom Bercuti DCBCFC. Program ini khas untuk mengisi masa lapang di musim cuti sekolah..Ramai pelajar turut terlibat dalam program ini..
Antara pengisian program termasuklah :
1.Pertandingan blog Kreatif
2.www.arcademicskillbuilder.com
3.belonku soalan untukku

ANUGERAH PENCAPAIN PJK WILAYAH UTARA


Pada 9 November 2011 lalu, telah berlangsungnya majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) bagi peringkat Wilayah Utara bertempat di Dewan Taman Robina, Butterworth, Pulau Pinang yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Pejabat Wilayah Utara (SKMM-NRO). Majlis tersebut telah dihadiri oleh pengurus dan juga penolong pengurus PJK yang bertempat di sekitar wilayah utara. Antara yang hadir bagi menjayakan majlis tersebut adalah Pengarah SKMM-NRO, iaitu En. Hussin bin Ali yang turut berbesar hati bagi menyampaikan hadiah bagi pemenang-pemenang pertandingan tersebut. Turut sama hadir bagi memeriahkan majlis tersebut adalah wakil-wakil dari pihak telekomunikasi iaitu dari Telekom Malaysia (TM), Celcom, Maxis, Packet One Network (P1) dan juga wakil kontraktor TM iaitu MSD.

Pertandingan Anugerah Kecemerlangan PJK tersebut telah bermula semenjak 1 Oktober 2011 dan telah berakhir pada awal November 2011 itu diadakan bertujuan untuk meningkatkan dan juga menilai prestasi setiap PJK yang diselia dibawah SKMM-NRO. Penilaian prestasi terhadap setiap PJK adalah berdasarkan kriteria-kriteria yang telah dinyatakan dalam syarat-syarat pertandingan yang telah dihebahkan kepada setiap PJK dibawah seliaan SKMM-NRO.

Hadiah yang disampaikan adalah wang tunai sumbangan dari pihak SKMM.

Selain itu, bagi memenuhi pengisian program pada hari tersebut, acara sukaneka turut diadakan. Antara aktiviti sukaneka yang diadakan adalah acara tarik tali, cabaran teh tarik, boling buah kelapa, pertandingan menebar roti canai dan banyak lagi.

Berikut merupakan keputusan pertandingan Kecemerlangan PJK dibawah seliaan SKMM-NRO dan jutaan tahniah diucapkan kepada semua pemenang daripada seluruh warga Komuniti Broadband Utara!! :

Tempat Pertama
: PJK Kg. Lalang
Tempat Kedua : PJK Pengkalan Hulu
Tempat Ketiga : PJK Felda Chuping
Tempat Keempat : PJK Felda Gunung Besout 2
Tempat Kelima : PJK Kuala Ruman
Tempat Keenam : PJK Felda Mata Ayer
Saguhati Ketujuh : PJK Felda Bukit Tangga
Saguhati Kelapan : PJK Banda Baharu
Saguhati Kesembilan : PJK Pekan Lenggong
Saguhati Kesepuluh : PJK Guar Chempedak