JOM LAYAN

Khamis, 30 Jun 2011

PERNIAGAAN ANGKAT 2011

1.KAK IZAH DI ALAM NYATA

Latar belakang kehidupan
Maizah Bin Hassanordin atau lebih dikenali dengan Kak Izzah dilahirkan di Kampung Felda Chuping, Perlis pada tahun 1978. Pada pertengahan tahun 90-an, dia mengambil keputusan untuk mengikut suami berpindah ke Perumahan Kilang Gula kerana suaminya merupakan kakitangan kilang gula. Pada awalnya Kak Izzah nekad untuk menjadi surirumah sepenuh masa.

Kak Izzah merupakan anak ketiga dari 8 orang adik beradik. Kak Izzah dikurniakan 3 orang cahayamata yang masing masing berumur 14 tahun, 10 tahun dan 6 tahun. Memandangkan anak –anaknya bersekolah Kak Izzah merasa kesunyian dan kebosanan untuk menjadi surirumah sepenuh masa. Atas sokongan dan galakan suami tercinta, Kak Izah mengikuti kursus menjahit anjuran KEMAS selama setahun di kampung kelahiran sendiri.

Pendidikan
Kak Izzah turut mengikuti alam persekolah seperti kanak-kanak lain. Kak Izzah memulakan persekolahannya di Sekolah Kebangsaan LKTP Felda Chuping sehingga tamat tahun 6. Dengan pencapaian yang cemerlang dan dorongan keluarganya, dia meneruskan pengajiannya di Sekolah PONDOK. Menandangkan Kak Izzah dilahirkan dalam keluarga yang kekurangan telah memaksanya untuk menamatkan pengajiannya di tingkatan 4.
Sebenarnya, Kak Izzah bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Kak Izzah tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna dia seorang yang tidak berilmu. Kak Izzah membantu ibubapanya menjual ikan bagi menampung pendapatan keluarga. Mereka menjalankan perniagaan di pasar –  pasar malam dan dirumah sendiri. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila dia
bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.
Mula berniaga
Pada tahun 1990-an, pembabitan wanita dalam perniagaan menjahit disekitar kediamannya tiada. Dia nekad untuk belajar bersunguh – sungguh dalam dunia ini ajar dia boleh menjadi tukang jahit baju yang unggul sekitar Perumahan Kilang Gula. Atas semangat yang tinggi untuk menuntut ilmu dalam dunia jahitan telah menyebabkan KEMAS selalu mengajaknya mengikuti sebarang kursus yang berkaitan dunia fesyen.
Tidak cukup dengan menjahit baju dan barangan bayi, menjual kuih, mengupah menjahit kain langsir, upah mekap pengantin dan membuat pelamin, Kak Izah juga menbuat perkhidmatan menjual barangan ODER.
Dengan pendapatan bersih bulanannya boleh mencecah RM 800.00 hingga RM 3000.00, kini Kak Izzah adalah seorang surirumahtangga yang sudah berkerjaya.
Dorongan Dari Pusat Jalur Lebar
Pembabitan Kak Izzah pada awalnya tidaklah begitu mengerlah,di mana Kak Izzah cuma menemani anak – anaknya menggunakan perkhidmatan jalur lebar dikala cuti sekolah. Pada peringkat awalnya beliau cuma mempromosikan perkhidmatan beliau melalui facebook adik iparnya yang juga selaku penasihat peribadinya sendiri. Pada satu saat dimana pelajar uum memerlukan iklan Kak Izah untuk mereka membuat promosi Pada masa yang sama juga adik iparnya mengikuti kursus luar. Kak Izah kebuntuan, adik ipar yang diharap – harap tidak mampu membantu beliau. Dia nekad untuk meminta bantuan pusat jalur lebar untuk membantunya. Pada awalnya pusat jalur lebar memgajar beliau membuat iklan. Disamping itu juga pihak pusat turut megajar Facebook Kak Izzah atas nama Nurfarahin Mohd Soleh iaitu nama anaknya . Dari situla bermulanya detik-detik Kak Izzah mempromosikan perkhidmatannya dalam internet. Beliau juga sering menerima tempahan mekap pengantin, membuat set bayi melalui Facebooknya sendiri. Beliau juga sering melayari internet untuk menjadi bahan rujuk sekiranya menerima tempahan baju fesyen dan sebagainya. Sekarang perniagaanya sudah meluas bukan sahaja di sekitar Kedah dan Perlis malah di seluruh dunia dengan adanya internet.


2.‘ADIK ABANG’ DENGAN PERNIGAAN MEREKA
Nama “Adik Abang” sudah sinonim dengan usahawan muda di dalam kawasan Felda Chuping. Semangat juang tinggi untuk menjadi usahawan muda yang berjaya tidak mematahkan semangat Azahari dan Azahar (22 tahun) untuk menempuh  pelbagai dugaan dan cabaran. Anak kembar tersebut telah membuktikan bahawa daya usaha, kerajinan, serta semangat yang tinggi adalah asas untuk mencapai kejayaan.
Secara ringkasnya,  AAFC Teguh Enterprise merupakan nama perniagaan mereka dan beralamat di A 64, Blok 5 Felda Chuping, Perlis. Aktiviti perniagaan ini berbentuk jualan ternakan lembu daging dan daging lembu. Mereka memulakan aktiviti penternakan lembu daging sejak dibangku sekolah lagi sejak tahun 2001, pada masa itu mereka sering mengikuti perkembangan perniagaan bapa mereka. Akan tetapi setelah kepemergian bapa tersayang ke Rahmatullah maka mereka berdua meneruskan pengusahaan penternakan lembu daging tersebut. Hasil daripada kerjasama yang erat antara mereka berdua maka jumlah jualan daging semakin meningkat terutama menjelang musim kenduri serta perayaan. Permintaan yang luas daripada warga tempatan mahupun masyarakat luar kawasan Felda Chuping dari Kedah membolehkan mereka sangat aktif untuk menternak lembu daging. Sehingga kini, bilangan lembu daging mencecah sebanyak 18 ekor pada satu-satu masa.  
Kini, dengan adanya Pusat Jalur Lebar Komuniti maka secara tidak langsung kemahiran penggunaan komputer mula menusuk ke dalam diri mereka. Segala aspek-aspek mengenai ilmu internet mula memberi sinar baru untuk mereka mula mempergiatkan usaha secara aktif untuk memperkenalkan kepada masyarakat luar mengenai penternakan lembu daging mereka. Pada dahulunya, promosi dijalankan secara cakap-cakap mulut sahaja malah pada sekarang mereka telah mempromosikan pengusahaan mereka ke dalam internet. Segala info atau maklumat mengenai perternakkan mereka dapat dikongsikan ke seluruh Negara. Kewujudan laman web facebook membolehkan mereka mudah mendapatkan maklumat-maklumat para pelanggan. Oleh yang demikian, kehadiran PJK memberi banyak kebaikkan kepada mereka.