JOM LAYAN
Selasa, 21 Julai 2015
Program Internet Vaccination
14 Mei 2015 - Pusat Internet 1 Malaysia telah mengadakan “Program Internet Vaccination” yang melibatkan pelajar Universiti Utara Malaysia dan tenaga pengajar. Program ini diadakan bertujuan untuk mengukuhkan lagi kerjasama diantara pihak pengurusan PI1M dan pihak Universiti Utara Malaysia. Tema utama program ini adalah Klik dengan Bijak.
Program ini melibatkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Felda Mata Ayer, PI1M Felda Chuping dan PI1M Rimba Mas. Program ini telah dijalankan di Dewan Universiti Utara Malaysia. Seramai 300 orang pelajar dan tenaga pengajar terlibat untuk menjayakan program ini. Mereka ini majoriti terdiri daripada remaja yang aktif menggunakan internet sebagai medan sosial utama.
Program kami ini tidak tertumpu kepada taklimat Klik Dengan Bijak sahaja, kami telah mengadakan kuiz, teka silang kata dan bergambar menggunakan ‘prop’. Namun matlamat utama program ini adalah untuk memberi kesedaran akan pentingnya menjaga keselamatan ketika melayari internet.
Turut hadir menjayakan program ini adalah wakil dari Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Wilayah Utara iaitu Pn Norrazlina Binti Nordin. Beliau turut mengongsikan beberapa laporan dan aduan yang diterima di SKMM sendiri. Bagi mengelakkan kejadian yang tidak di ingini beliau turut mengongsikan beberapa tip – tip keselamatan semasa menggunakan internet. Beliau menggalakkan orang ramai untuk sama –sama mengamalkan rukun negara walau berada dalam apa jua situasi.
Acara yang bermula pada jam 8.00 pagi ini berakhir pada jam 1.00 tengahari.
Jumaat, 11 April 2014
Klik Dengan Bijak PI1M Felda Chuping
Program kesedaran awam keselamatan Internet yang bertemakan KLIK DENGAN BIJAK ini bermatlamatkan keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab pengguna.
Mesej program KLIK DENGAN BIJAK adalah berteraskan prinsip - prinsip RUKUN NEGARA yang dilihat merangkumi kesemua perkara yang perlu di tekankan dalam kehidupan semua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.
Pembudayaan prinsip - prinsip RUKUN NEGARA dalam penggunaan internet seharaian akan diterapkan melalui pelbagai aktiviti dan inisiatif yang dianjurkan oleh SURUHANJAYA KOMUNIKASI dan MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM).
Dengan adanya program ini, diharap pembangunan dan peningkatan penggunaan jalur lebar selain dapat menjana ekonomi negara turut dimamfaatkan untuk tujuan kebaikan serta memberi impak positif dalam mengekalkan nilai serta budaya bangsa Malaysia






















Riadah Bersama PDK Felda Chuping
Jamuan makan ditaja sepenuhnya oleh Pdk Felda Chuping. Pihak Pusat Internet 1 Malaysia Felda Chuping mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan selama ini. Semoga dengan kerjasama yang erat ini dapat menghasilkan pelajar OKU yang Celik IT serta mahir menggunakan internet dalam kehidupan seharian mereka.


Selasa, 5 Mac 2013
GMBO
Di sini saya nak share cikit kalau ada yang berminat.
Bagi sesiapa yang berminat untuk membuat laman web sendiri bagi tujuan perniagaan tak kisah perniagaan dalam talian sahaja atau yang sudah mempunyai premis. Yang penting nak buat laman web sendiri untuk berniaga. Syarat mesti ada daftar niaga. Ini adalah cara paling senang nak buat laman web. Bila dah siap laman web, anda boleh mohon untuk dapatkn RM1000 seperti lampiran di bawah. Bukan senang orang nak bagi duit 1k cmni ja...
Langkah mudah ja:
1. Daftar untuk buat website
2. Masuk barang2 untuk dijual dalam website ( Aktif )
3. Mohon dapatkan RM1000
Selesai...tggu jawapan berjaya atau tidak..kalau berjaya duit akan dimasukkan dalam akaun. x kisah akaun syarikat atau akaun persendirian.
keterangan lanjut rujuk website ini www.skmm.gov.com (NBI). Untuk membuat website GMBO anda bolehla buka website www.gmbo.com
Ahad, 3 Februari 2013
PROGRAM PDK PERLIS KE PI1M CHUPING SESI 3
PROGRAM INI DI ADAKAN PADA SETIAP BULAN BERMULA PADA BULAN NOVEMBER 2012. IA MELIBATKAN HAMPIR 20 ORANG PELATIH PDK SELURUH PERLIS YANG TERPILIH DIANTARA PELATIH-PELATIH YANG SEDIA ADA. PROGRAM INI AKAN MEMBANTU PELATIH-PELATIH OKU YANG TERPILIH UNTUK MENDALAMI DUNIA INTERNET.PADA SESI KETIGA INI, MEREKA DILATIH UNTUK MELUKIS MENGGUNAKAN PAINT DAN DI AJAR MENGGUNAKAN YOUTUBE UNTUK MELIHAT VIDEO.
Sabtu, 15 Disember 2012
ANUGERAH TRANSFORMASI U PUSTAKA
ALHAMDULILLAH, PJK CHUPING YOUTUBE 'DIAM-DIAM UBI TAPI BERISI' TERSENARAI DALAM TOP 20. ANUGERAH INI TELAH DISAMPAIKAN PADA 12-12-12.
Sabtu, 24 November 2012
DIAM DIAM UBI TAPI BERISI
ANTARA GAMBAR- GAMBAR YANG TERDAPAT DI DALAM VIDEO TERSEBUT.
DIAM DIAM UBI TAPI BERISI MERUPAKAN VIDEO PERTAMA YANG DIHASILKAN OLEH PIHAK PI1M CHUPING DENGAN BANTUAN BANYAK PIHAK. VIDEO INI MENGISARKAN KEJAYAAN PELATIH PEMULIHAN DALAM KOMUNITI FELDA CHUPING DALAM MENDALAMI DUNIA INTERNET.
KEGIGIHAN DAN USAHA PENGELIA DAN TENAGA PENGAJAR ITU SENDIRI MAMPU MEMBUKA MINDA MASYARAKAT AKAN KELEBIHAN PELATIH PDK ITU SENDIRI..
SAKSIKAN VIDEO ITU DI:.
Nama Tajuk Video : ANUGERAH TRANSFORMASI KOMUNITI u-PUSTAKA (ATKU 2012)
URL di YouTube : http://www.youtube.com/watch?v=0Z8lZTvm24A&feature=plcp
Langgan:
Ulasan (Atom)


















