Beberapa orang pelajar sedang membuat dan menyiapkan kerja sekolah dan folio sekolah di CBC Felda Chuping.
*Selain itu juga kami turut menawarkan kelas percuma kepada ahli yang tidak tahu (buta IT) .
*Bagi yang ingin mencari pekerjaan,anda boleh datang untuk membuat resume secara kreatif di sini. Kami juga membantu anda mendaftar pekerjaan online.
*Jika mahu mengedit gambar, anda boleh mendapat nasihat kami..
*Jika notebook anda manghadapi masalah kami sedia membantunya..
TUNGGU APA LAGI DAFTARLA KEAHLIAN ANDA SEKARANG..SEGALA-GALANYA MUDAH HANYA DIHUJUNG JARI ANDA
JOM LAYAN
Khamis, 26 April 2012
Rabu, 25 April 2012
1 Wifi 1 Notebook
Pada 22 April lepas, PJK Chuping telah mengadakan Program 1 Wifi 1 Notebook yang mana dibuat khas untuk penerima notebook 1Malaysia.
Hasil dari program ini terdapat ramai penerima notebook yang tidak tahu mengaplikasikan pemberian netbook ini. Ada beberapa notebook yang perlu diformat semula memandangkan terdapat virus di dalamnya.
Gambar persiapan sehari sebelum program diadakan, kami membuat banting sendiri. Ramai juga budak-budak yang turut serta time nie.. Nak kata best,memang best sangat.
Ninnndia hasil karya budak-budak sini..jangan ingat kami tak ada bakat noo..
Budak nie dapat notebook, dah masih ok..
Notebook yang bermasalah

Rabu, 18 April 2012
Program 1citizen Untuk Komuniti Felda Chuping
Penyertaan adalah dipelawa bagi mana-mana individu yang berumur tidak kurang dari 16 tahun bagi mengikuti Program Persijilan Etika Digital 1 Citizen, secara PERCUMA
(Yuran Peperiksaan US$35 ditanggung kerajaan)
Program Latihan khusus bagi memupuk perpaduan negara melalui penggunaan teknologi secara wajar dan berhemah.
Peserta akan menerima sijil IC Citizen -suatu pengikhtirafan bertaraf global yang mengesahkan pemahaman anda terhadap peraturan serta penggunaan wajar internet dan perkakasan digital.
Tunggu apa lagi bagi penganggur Felda Chuping,,mai pakat mai daftar..Bagi yang tak jadi ahli,jadi ahli..RM 5.00 aja.

Khamis, 22 Mac 2012
Bila PDK Ke PJK
Siapa sangka pelajar pelajar-pelajar Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Felda Chuping menggunakan Pusat Jalur Lebar Komuniti Felda Chuping sebagai sebahagian dari sukatan pelajaran.
Bagi anda yang ingin melihat bakat mereka secara langsung anda boleh datang sendiri di Pusat Jalur Lebar Felda Chuping setiap hari Rabu, jam 9.30pagi hingga 11.00 pagi.
Salah seorang pelajar PDK Chuping sedang asyik mendengar lagu.
SEKALONG TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA PENGAJAR-PENGAJAR PDK YANG BERFIKIRAN POSITIF UNTUK MEMAJUKAN ANAK DIDIK MEREKA. TERUSKAN USAHA ANDA DEMI KOMUNITI FELDA CHUPING

Rabu, 1 Februari 2012
1 Usahawan 1 Blog
Pada : 22 Januari 2012
Tempat : Pusat Jalur Lebar Felda Chuping
Sasaran : Belia Felda Chuping, Kakitangan Felda Chuping, Usahawan Felda Chuping
Anjuran : PJK Felda Chuping, Persatuan Belia FELDA(MBFM) Chuping dan PJK Mata Ayer.
Antara Sesi Mengajar Membuat Blog
ANTARA CONTOH BLOG YANG DI HASILKAN
KAKITANGAN PJK TIDAK PERNAH JEMU MEMBERI TUNJUK AJAR
BERGAMBAR BERSAMA SEBAHAAGIAN DARIPADA PESERTA PROGRAM

Jumaat, 9 Disember 2011
JOM BERCUTI DI CBCFC
08-12-2011- Pjk Chuping telah mengadakan program Jom Bercuti DCBCFC. Program ini khas untuk mengisi masa lapang di musim cuti sekolah..Ramai pelajar turut terlibat dalam program ini..
Antara pengisian program termasuklah :
1.Pertandingan blog Kreatif
2.www.arcademicskillbuilder.com
3.belonku soalan untukku
Antara pengisian program termasuklah :
1.Pertandingan blog Kreatif
2.www.arcademicskillbuilder.com
3.belonku soalan untukku
ANUGERAH PENCAPAIN PJK WILAYAH UTARA
Pada 9 November 2011 lalu, telah berlangsungnya majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) bagi peringkat Wilayah Utara bertempat di Dewan Taman Robina, Butterworth, Pulau Pinang yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Pejabat Wilayah Utara (SKMM-NRO). Majlis tersebut telah dihadiri oleh pengurus dan juga penolong pengurus PJK yang bertempat di sekitar wilayah utara. Antara yang hadir bagi menjayakan majlis tersebut adalah Pengarah SKMM-NRO, iaitu En. Hussin bin Ali yang turut berbesar hati bagi menyampaikan hadiah bagi pemenang-pemenang pertandingan tersebut. Turut sama hadir bagi memeriahkan majlis tersebut adalah wakil-wakil dari pihak telekomunikasi iaitu dari Telekom Malaysia (TM), Celcom, Maxis, Packet One Network (P1) dan juga wakil kontraktor TM iaitu MSD.
Pertandingan Anugerah Kecemerlangan PJK tersebut telah bermula semenjak 1 Oktober 2011 dan telah berakhir pada awal November 2011 itu diadakan bertujuan untuk meningkatkan dan juga menilai prestasi setiap PJK yang diselia dibawah SKMM-NRO. Penilaian prestasi terhadap setiap PJK adalah berdasarkan kriteria-kriteria yang telah dinyatakan dalam syarat-syarat pertandingan yang telah dihebahkan kepada setiap PJK dibawah seliaan SKMM-NRO.
Hadiah yang disampaikan adalah wang tunai sumbangan dari pihak SKMM.
Selain itu, bagi memenuhi pengisian program pada hari tersebut, acara sukaneka turut diadakan. Antara aktiviti sukaneka yang diadakan adalah acara tarik tali, cabaran teh tarik, boling buah kelapa, pertandingan menebar roti canai dan banyak lagi.
Berikut merupakan keputusan pertandingan Kecemerlangan PJK dibawah seliaan SKMM-NRO dan jutaan tahniah diucapkan kepada semua pemenang daripada seluruh warga Komuniti Broadband Utara!! :
Tempat Pertama
: PJK Kg. Lalang
Tempat Kedua : PJK Pengkalan Hulu
Tempat Ketiga : PJK Felda Chuping
Tempat Keempat : PJK Felda Gunung Besout 2
Tempat Kelima : PJK Kuala Ruman
Tempat Keenam : PJK Felda Mata Ayer
Saguhati Ketujuh : PJK Felda Bukit Tangga
Saguhati Kelapan : PJK Banda Baharu
Saguhati Kesembilan : PJK Pekan Lenggong
Saguhati Kesepuluh : PJK Guar Chempedak
Langgan:
Ulasan (Atom)