JOM LAYAN

Jumaat, 11 April 2014

Klik Dengan Bijak PI1M Felda Chuping

Program kesedaran awam keselamatan Internet yang bertemakan KLIK DENGAN BIJAK ini bermatlamatkan keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab pengguna. Mesej program KLIK DENGAN BIJAK adalah berteraskan prinsip - prinsip RUKUN NEGARA yang dilihat merangkumi kesemua perkara yang perlu di tekankan dalam kehidupan semua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Pembudayaan prinsip - prinsip RUKUN NEGARA dalam penggunaan internet seharaian akan diterapkan melalui pelbagai aktiviti dan inisiatif yang dianjurkan oleh SURUHANJAYA KOMUNIKASI dan MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM). Dengan adanya program ini, diharap pembangunan dan peningkatan penggunaan jalur lebar selain dapat menjana ekonomi negara turut dimamfaatkan untuk tujuan kebaikan serta memberi impak positif dalam mengekalkan nilai serta budaya bangsa Malaysia

Riadah Bersama PDK Felda Chuping

Jamuan makan ditaja sepenuhnya oleh Pdk Felda Chuping. Pihak Pusat Internet 1 Malaysia Felda Chuping mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan selama ini. Semoga dengan kerjasama yang erat ini dapat menghasilkan pelajar OKU yang Celik IT serta mahir menggunakan internet dalam kehidupan seharian mereka.

Selasa, 5 Mac 2013

GMBO

Di sini saya nak share cikit kalau ada yang berminat. Bagi sesiapa yang berminat untuk membuat laman web sendiri bagi tujuan perniagaan tak kisah perniagaan dalam talian sahaja atau yang sudah mempunyai premis. Yang penting nak buat laman web sendiri untuk berniaga. Syarat mesti ada daftar niaga. Ini adalah cara paling senang nak buat laman web. Bila dah siap laman web, anda boleh mohon untuk dapatkn RM1000 seperti lampiran di bawah. Bukan senang orang nak bagi duit 1k cmni ja... Langkah mudah ja: 1. Daftar untuk buat website 2. Masuk barang2 untuk dijual dalam website ( Aktif ) 3. Mohon dapatkan RM1000 Selesai...tggu jawapan berjaya atau tidak..kalau berjaya duit akan dimasukkan dalam akaun. x kisah akaun syarikat atau akaun persendirian. keterangan lanjut rujuk website ini www.skmm.gov.com (NBI). Untuk membuat website GMBO anda bolehla buka website www.gmbo.com

Ahad, 3 Februari 2013

PROGRAM PDK PERLIS KE PI1M CHUPING SESI 3

PROGRAM INI DI ADAKAN PADA SETIAP BULAN BERMULA PADA BULAN NOVEMBER 2012. IA MELIBATKAN HAMPIR 20 ORANG PELATIH PDK SELURUH PERLIS YANG TERPILIH DIANTARA PELATIH-PELATIH YANG SEDIA ADA. PROGRAM INI AKAN MEMBANTU PELATIH-PELATIH OKU YANG TERPILIH UNTUK MENDALAMI DUNIA INTERNET.PADA SESI KETIGA INI, MEREKA DILATIH UNTUK MELUKIS MENGGUNAKAN PAINT DAN DI AJAR MENGGUNAKAN YOUTUBE UNTUK MELIHAT VIDEO.

Sabtu, 15 Disember 2012

ANUGERAH TRANSFORMASI U PUSTAKA

ALHAMDULILLAH, PJK CHUPING YOUTUBE 'DIAM-DIAM UBI TAPI BERISI' TERSENARAI DALAM TOP 20. ANUGERAH INI TELAH DISAMPAIKAN PADA 12-12-12.

Sabtu, 24 November 2012

DIAM DIAM UBI TAPI BERISI

ANTARA GAMBAR- GAMBAR YANG TERDAPAT DI DALAM VIDEO TERSEBUT. DIAM DIAM UBI TAPI BERISI MERUPAKAN VIDEO PERTAMA YANG DIHASILKAN OLEH PIHAK PI1M CHUPING DENGAN BANTUAN BANYAK PIHAK. VIDEO INI MENGISARKAN KEJAYAAN PELATIH PEMULIHAN DALAM KOMUNITI FELDA CHUPING DALAM MENDALAMI DUNIA INTERNET. KEGIGIHAN DAN USAHA PENGELIA DAN TENAGA PENGAJAR ITU SENDIRI MAMPU MEMBUKA MINDA MASYARAKAT AKAN KELEBIHAN PELATIH PDK ITU SENDIRI.. SAKSIKAN VIDEO ITU DI:. Nama Tajuk Video : ANUGERAH TRANSFORMASI KOMUNITI u-PUSTAKA (ATKU 2012) URL di YouTube : http://www.youtube.com/watch?v=0Z8lZTvm24A&feature=plcp

Selasa, 2 Oktober 2012

GMBO

Kepada Usahawan , IKS dan sesiapa yang berminat silalah datang untuk pendaftaran..... Syarat penyertaan : - 1) Ahli Pusat Internet 1 Malaysia Chuping 2) Mempunyai lesen perniagaan 3) Produk ingin dipasarkan tidak menyalahi undang-undang atau berbentuk MLM 4) Mampu memberikan komitmen dan kerjasama sepenuhnya dengan PI1M F Chuping Keistimewaan Penyertaan :- 1) PERCUMA Wi-Fi 2) PERCUMA kelas computer belia ( setiap selasa jam 10-11 pagi , free pakai komputer ) 3) PI1M F Chuping akan menjadi agen pemasaran produk anda di online dalam blog ( http://pjk-feldachuping.blogspot.com/ ) 4) PERCUMA khidmat nasihat tentang perniagaan online 5) PERCUMA daftar GMBO ( Gets Malaysian Business Online 6) PERCUMA daftar U-PUSTAKA - perpustakaan online Sila bawa :- 1) Salinan kad pengenalan anda 2) Salinan lesen perniagaan anda 3) Senarai produk dan harga produk anda 4) Gambar produk anda ( sekiranya tidak ada gambar produk anda , sila bawa produk anda untuk kami ambil gambar ) PENDAFTARAN : Tempat : PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA , CHUPING. Tarikh : TERBUKA Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari Rugi tak ambil peluang ini......byk faedah anda akan dapat...insyallah......