JOM LAYAN

Ahad, 16 Oktober 2011

BERNAMA : 11 OGOS 2010 : PUSAT JALUR LEBAR FELDA CHUPING DAPAT SAMBUTAN

PADANG BESAR, 11 Ogos (Bernama) - Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) Felda Chuping mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai dan 11,000 pengunjung dicatatkan sejak mula beroperasi dua bulan lepas.

Naib Presiden Celcom Mobile Sdn Bhd Wilayah Utara, Saiful Bahrin Abdul Ghaffar berkata, PJK Felda Chuping yang turut berperanan sebagai pusat latihan perkhidmatan jalur lebar kepada masyarakat luar bandar itu, adalah yang pertama diwujudkan membabitkan kos RM3 juta.

Menurutnya, PJK yang kini mendaftar sebanyak 600 anggota terdiri darpada penduduk tempatan itu, menawarkan kemudahan latihan mengenai asas internet, laman web dan perkhidmatan tuisyen online untuk pelajar.

PJK Felda Chuping adalah yang pertama daripada 37 PJK di enam negeri iaitu 13 di Sabah, 12 di Johor, enam di Negri Sembilan, tiga di Perlis, dua di Sarawak dan sebuah di Kedah dalam tempoh lima tahun akan datang.

PJK Felda Chuping itu yang rasmikan oleh Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu semalam. Ia beroperasi setiap hari antara 9 pagi dan 6 petang dan dikendalikan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Setiap pengguna dikenakan bayaran 50 sen untuk satu jam atau RM11 untuk sebulan.

- BERNAMA

DIPETIK DARI : http://www.kpkk.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1743%3Abernama-11-ogos-2010-pusat-jalur-lebar-felda-chuping-dapat-sambutan&catid=189%3Abernama&Itemid=145&lang=en

SKMM PERUNTUK 18,500 NETBOOK

SKMM peruntuk 18,500 netbook
CHUPING - Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) memperuntukkan sebanyak 18,500 unit netbook untuk disumbangakn kepada golongan muda terutama pelajar yang berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan.

Sumbangan netbook itu merupakan tanda keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam memastikan pelajar terutamanya daripada masyarakat Felda, memperoleh pengetahuan yang lebih luas melalui perkhidmatan jalur lebar.

Pengarah SKMM Wilayah Utara , Mohd Hussin Ali berkata, sebanyak 1,500 unit netbook diperuntukkan bagi negeri Perlis.

Menurutya, netbook itu merupakan sumbangan SKMM kepada Pusat Jalur Lebar Komuniti yang disediakan di setiap kawasan Felda yang terdapat di negeri ini.
“Bagi fasa pertama, kita memilih seramai 300 anak peneroka Felda yang kurang berkemampuan untuk menerima sumbangan netbook 1Malaysia.
“Malah, kita turut memperuntukkan sebanyak 8 000 unit netbook bagi fasa kedua yang akan bermula sebelum bulan September kelak,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Komputer Netbook 1Malaysia dan Pelancaran Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) di Felda Chuping, di sini.

Sumbangan disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuping, Mansor Jusoh, Pengerusi Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Koperasi, Sabry Ahmad dan Naib Presiden Celcom Mobile Sdn Bhd Wilayah Utara, Saiful Bahrin Abdul Ghaffar.

Dr Md Isa turut menasihati ibu bapa agar memantau setiap aktiviti anak mereka supaya tidak menyalahgunakan perkhidmatan jalur lebar itu dengan melayari laman web berunsur negatif.

“Masyarakat Felda terutama bagi pelajar yang menerima sumbangan netbook pada hari ini seharusnya bersyukur dan berterima kasih kepada Perdana Menteri kita kerana memberikan peruntukan yang begitu besar dalam memastikan masyarakat Felda tidak terlepas dari perkembangan isu semasa dan teknologi.

“Malah, Felda yang sudah dianggap sebagai anak emas Perdana Menteri seharusnya menjadi contoh kepada masyarakat lain dalam menjadikan PJK sebagai pusat maklumat dan pembelajaran yang mampu membantu golongan peneroka meningkatkan taraf produk jenama Malaysia antarabangsa melalui Internet, “ katanya.

Dr Md Isa berkata, pemberian netbook kepada anak sama ada di bandar atau di luar bandar adalah untuk memudahkan mereka mendapatkan pengetahuan dan mengurangkan penggunaan kertas untuk pembelajaran.
( Di petik dari akhbar SINAR HARIAN 12 Ogos 2010 edisi UTARA)

Celcom bina 37 Pusat Jalur Lebar Komuniti

Thursday, August 12, 2010
Celcom bina 37 Pusat Jalur Lebar Komuniti


Sebahagian daripada 300 pelajar sekolah yang gembira dengan netbook yang mereka terima di Felda Chuping, Padang Besar kelmarin.
________________________________________

PADANG BESAR - Celcom Axiata Berhad (Celcom) bakal membina 37 buah Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) di seluruh negara secara berperingkat-peringkat dalam tempoh lima tahun.
Menurut Naib Presiden Celcom Wilayah Utara, Saiful Bahrin Abd. Ghaffar, Celcom memperuntukkan RM3 juta bagi pembinaan setiap PJK.
"Pusat itu berperanan sebagai pusat latihan teknologi maklumat masyarakat setempat yang menyediakan perkhidmatan jalur lebar secara percuma," katanya selepas majlis penyerahan Komputer Netbook 1Malaysia dan pelancaran PJK Felda Chuping di sini kelmarin.
Beliau berkata, PJK yang dibina di Felda Chuping itu merupakan yang pertama daripada 37 buah PJK yang dirancang di seluruh Malaysia.
Menjelas lanjut, Saiful Bahrin berkata, Celcom bakal membina PJK di enam buah negeri iaitu tiga di Perlis, Kedah (1), Negeri Sembilan (6), Johor (12), Sabah (13) dan Sarawak (2).
"Pendekatan ini adalah untuk memperkenalkan Internet dan mempertingkatkan pengetahuan teknologi maklumat kepada penduduk di luar bandar atau kampung," ujarnya.
DIPETIK DARI :
http://gambargambarpelik.blogspot.com/2010/08/celcom-bina-37-pusat-jalur-lebar.html

300 ANAK PENEROKA FELDA TERIMA NETBOOK 1MALAYSIA

August 10, 2010 22:14 PM


PADANG BESAR, 10 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 300 pelajar yang terdiri daripada anak peneroka Felda di seluruh negeri ini Selasa menerima sumbangan komputer Netbook "1Malaysia".

Sumbangan itu disampaikan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu pada majlis yang berlangsung di Felda Chuping di sini.

Sumbangan itu merupakan sebahagian daripada 1,500 unit komputer yang diperuntukkan di negeri ini oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan komputer dan pelancaran Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) Felda Chuping di sini, Menteri Besar menasihati ibu bapa agar memantau anak-anak mereka supaya tidak menyalahgunakan perkhidmatan jalur lebar itu dengan melayari laman web berunsur negatif.

"Pemberian netbook kepada anak-anak sama ada di bandar atau di luar bandar adalah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan mengurangkan penggunaan kertas untuk pembelajaran," katanya.

Beliau berkata sumbangan netbook itu merupakan tanda keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam memastikan pelajar memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih luas melalui perkhidmatan jalur lebar.


- BERNAMA
DIPETIK DARI : http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=520400&cat=ut

Sabtu, 15 Oktober 2011

MESRA ICT CBCFC


Makluman kepada semua penduduk Felda Chuping dan sekitarnya,PJK Chuping akan mengadakan program Mesra ICT di mana di dalamnya terdapat beberapa pengisian seperti :
1.Explorace
2.Kad Penghargaan CBCFC terkreatif
3.motivasi
4.Pertandingan menaip resepi masakan
5.The color

Pihak PJK mengalu-alukan kehadiran anda bagi menjayakan program ini

PERKAMPUNGAN WIFI FREE



Untuk melanggan WiFi ini anda boleh datang ke Pusat Jalur Lebar Komuniti Felda Chuping untuk membuat pendaftaran.Pas Pendaftaran ahli adalah sebanyak RM5 untuk seumur hidup.Jangan lepaskan peluang keemasan ini.
tunggu apa lagi 'MAJULA MINDA ANDA DENGAN DUNIA IT'

Khamis, 30 Jun 2011

PERNIAGAAN ANGKAT 2011

1.KAK IZAH DI ALAM NYATA

Latar belakang kehidupan
Maizah Bin Hassanordin atau lebih dikenali dengan Kak Izzah dilahirkan di Kampung Felda Chuping, Perlis pada tahun 1978. Pada pertengahan tahun 90-an, dia mengambil keputusan untuk mengikut suami berpindah ke Perumahan Kilang Gula kerana suaminya merupakan kakitangan kilang gula. Pada awalnya Kak Izzah nekad untuk menjadi surirumah sepenuh masa.

Kak Izzah merupakan anak ketiga dari 8 orang adik beradik. Kak Izzah dikurniakan 3 orang cahayamata yang masing masing berumur 14 tahun, 10 tahun dan 6 tahun. Memandangkan anak –anaknya bersekolah Kak Izzah merasa kesunyian dan kebosanan untuk menjadi surirumah sepenuh masa. Atas sokongan dan galakan suami tercinta, Kak Izah mengikuti kursus menjahit anjuran KEMAS selama setahun di kampung kelahiran sendiri.

Pendidikan
Kak Izzah turut mengikuti alam persekolah seperti kanak-kanak lain. Kak Izzah memulakan persekolahannya di Sekolah Kebangsaan LKTP Felda Chuping sehingga tamat tahun 6. Dengan pencapaian yang cemerlang dan dorongan keluarganya, dia meneruskan pengajiannya di Sekolah PONDOK. Menandangkan Kak Izzah dilahirkan dalam keluarga yang kekurangan telah memaksanya untuk menamatkan pengajiannya di tingkatan 4.
Sebenarnya, Kak Izzah bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Kak Izzah tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna dia seorang yang tidak berilmu. Kak Izzah membantu ibubapanya menjual ikan bagi menampung pendapatan keluarga. Mereka menjalankan perniagaan di pasar –  pasar malam dan dirumah sendiri. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila dia
bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.
Mula berniaga
Pada tahun 1990-an, pembabitan wanita dalam perniagaan menjahit disekitar kediamannya tiada. Dia nekad untuk belajar bersunguh – sungguh dalam dunia ini ajar dia boleh menjadi tukang jahit baju yang unggul sekitar Perumahan Kilang Gula. Atas semangat yang tinggi untuk menuntut ilmu dalam dunia jahitan telah menyebabkan KEMAS selalu mengajaknya mengikuti sebarang kursus yang berkaitan dunia fesyen.
Tidak cukup dengan menjahit baju dan barangan bayi, menjual kuih, mengupah menjahit kain langsir, upah mekap pengantin dan membuat pelamin, Kak Izah juga menbuat perkhidmatan menjual barangan ODER.
Dengan pendapatan bersih bulanannya boleh mencecah RM 800.00 hingga RM 3000.00, kini Kak Izzah adalah seorang surirumahtangga yang sudah berkerjaya.
Dorongan Dari Pusat Jalur Lebar
Pembabitan Kak Izzah pada awalnya tidaklah begitu mengerlah,di mana Kak Izzah cuma menemani anak – anaknya menggunakan perkhidmatan jalur lebar dikala cuti sekolah. Pada peringkat awalnya beliau cuma mempromosikan perkhidmatan beliau melalui facebook adik iparnya yang juga selaku penasihat peribadinya sendiri. Pada satu saat dimana pelajar uum memerlukan iklan Kak Izah untuk mereka membuat promosi Pada masa yang sama juga adik iparnya mengikuti kursus luar. Kak Izah kebuntuan, adik ipar yang diharap – harap tidak mampu membantu beliau. Dia nekad untuk meminta bantuan pusat jalur lebar untuk membantunya. Pada awalnya pusat jalur lebar memgajar beliau membuat iklan. Disamping itu juga pihak pusat turut megajar Facebook Kak Izzah atas nama Nurfarahin Mohd Soleh iaitu nama anaknya . Dari situla bermulanya detik-detik Kak Izzah mempromosikan perkhidmatannya dalam internet. Beliau juga sering menerima tempahan mekap pengantin, membuat set bayi melalui Facebooknya sendiri. Beliau juga sering melayari internet untuk menjadi bahan rujuk sekiranya menerima tempahan baju fesyen dan sebagainya. Sekarang perniagaanya sudah meluas bukan sahaja di sekitar Kedah dan Perlis malah di seluruh dunia dengan adanya internet.


2.‘ADIK ABANG’ DENGAN PERNIGAAN MEREKA
Nama “Adik Abang” sudah sinonim dengan usahawan muda di dalam kawasan Felda Chuping. Semangat juang tinggi untuk menjadi usahawan muda yang berjaya tidak mematahkan semangat Azahari dan Azahar (22 tahun) untuk menempuh  pelbagai dugaan dan cabaran. Anak kembar tersebut telah membuktikan bahawa daya usaha, kerajinan, serta semangat yang tinggi adalah asas untuk mencapai kejayaan.
Secara ringkasnya,  AAFC Teguh Enterprise merupakan nama perniagaan mereka dan beralamat di A 64, Blok 5 Felda Chuping, Perlis. Aktiviti perniagaan ini berbentuk jualan ternakan lembu daging dan daging lembu. Mereka memulakan aktiviti penternakan lembu daging sejak dibangku sekolah lagi sejak tahun 2001, pada masa itu mereka sering mengikuti perkembangan perniagaan bapa mereka. Akan tetapi setelah kepemergian bapa tersayang ke Rahmatullah maka mereka berdua meneruskan pengusahaan penternakan lembu daging tersebut. Hasil daripada kerjasama yang erat antara mereka berdua maka jumlah jualan daging semakin meningkat terutama menjelang musim kenduri serta perayaan. Permintaan yang luas daripada warga tempatan mahupun masyarakat luar kawasan Felda Chuping dari Kedah membolehkan mereka sangat aktif untuk menternak lembu daging. Sehingga kini, bilangan lembu daging mencecah sebanyak 18 ekor pada satu-satu masa.  
Kini, dengan adanya Pusat Jalur Lebar Komuniti maka secara tidak langsung kemahiran penggunaan komputer mula menusuk ke dalam diri mereka. Segala aspek-aspek mengenai ilmu internet mula memberi sinar baru untuk mereka mula mempergiatkan usaha secara aktif untuk memperkenalkan kepada masyarakat luar mengenai penternakan lembu daging mereka. Pada dahulunya, promosi dijalankan secara cakap-cakap mulut sahaja malah pada sekarang mereka telah mempromosikan pengusahaan mereka ke dalam internet. Segala info atau maklumat mengenai perternakkan mereka dapat dikongsikan ke seluruh Negara. Kewujudan laman web facebook membolehkan mereka mudah mendapatkan maklumat-maklumat para pelanggan. Oleh yang demikian, kehadiran PJK memberi banyak kebaikkan kepada mereka.