JOM LAYAN

Ahad, 16 Oktober 2011

300 ANAK PENEROKA FELDA TERIMA NETBOOK 1MALAYSIA

August 10, 2010 22:14 PM


PADANG BESAR, 10 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 300 pelajar yang terdiri daripada anak peneroka Felda di seluruh negeri ini Selasa menerima sumbangan komputer Netbook "1Malaysia".

Sumbangan itu disampaikan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu pada majlis yang berlangsung di Felda Chuping di sini.

Sumbangan itu merupakan sebahagian daripada 1,500 unit komputer yang diperuntukkan di negeri ini oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan komputer dan pelancaran Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) Felda Chuping di sini, Menteri Besar menasihati ibu bapa agar memantau anak-anak mereka supaya tidak menyalahgunakan perkhidmatan jalur lebar itu dengan melayari laman web berunsur negatif.

"Pemberian netbook kepada anak-anak sama ada di bandar atau di luar bandar adalah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan mengurangkan penggunaan kertas untuk pembelajaran," katanya.

Beliau berkata sumbangan netbook itu merupakan tanda keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam memastikan pelajar memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih luas melalui perkhidmatan jalur lebar.


- BERNAMA
DIPETIK DARI : http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=520400&cat=ut

Tiada ulasan:

Catat Ulasan